Monday, June 18

16th Story

pada 16/6/2012, hari yg sangat bermakna dalam hidup aku. sejarah habis punya. pada hari tersebut, aku berjanji ingin berjumpa dengan si dia. pada mulanya, ingin berjumpa di pavilion tapi tak jadi sebab jauh sangat. so, pergi lah klcc. agak agak korang kan, klcc lagi jauh kan ? haha, tapi bagi aku kat situ lah dekat sebab dia turun train kat klcc. better, aku sendiri yg berjalan sampai klcc :D

aku sampai di klcc, aku pun call dia. aku suruh dia tutup mata, tapi dia taknak. aku paksa lagi, dia taknak juga. so, aku pun cakap, macam mana nak buat surprise kalau tak tutup mata ? . dia pun cakap, ala takpe. aku pun tak berapa ingat sangat apa yg dia cakap time to. mula mula, aku takut juga nak buat surprise depan klcc sebab public and orang pun ramai. seram aku.

aku pun ambil keputusan, aku sebagai lelaki kena lah gentle. aku pun pergi lah kat dia, and aku pun taktau dia perasan aku ke tak ? nasib baik ada spec :P pergi je belakang dia, aku pon sebut uikk then aku hulurkan kedua dua belah tangan aku dengan memegang bear yg memakai name tag aku. then, aku terus propose depan depan, propose kat fb orang cakap tak percaya, so depan depan lah :) aku propose mcm ni, kepada mia kristy binti yasril, sudikah awak menjadi teman saya hasif bin zakaria buat selama lamanya ? :)

dia pun cakap, yes i do. ramai orang kat klcc to tengok aku propose aku, seram sejuk aku and muka dia pun merah. member pula ambil picture. lepas to, dia ajak aku pergi tempat lain sebab dia dah malu. aku cakap lah, relax sudah. okay apa orang pandang :P aku, dia and member pun gerak turun pergi food court bukit bintang sebab masing masing dah lapar. lagi lagi aku, dari pagi tak makan.

sampai dekat bukit bintang food court, kita orang cari tempat duduk. dapat je tempat duduk, apa lagi order makanan lah. aku tanya dia nak makan apa ? entah katanya, aku pun ajak makan and minum yg sama. dia pun okay, aku pun minta 2 set yg sama :D

habis je makan, aku pun bercadang nak pergi taman klcc. tapi, tiba je di depan farenheit shopping complex malang tak berbau, wallet aku kena seluk -_- tapi, walaupun aku dalam kesusahan, dia sentiasa berada di sisi aku. nak tahu tak ? itu adalah perkara yg membuat aku sgt bahagia dengan dia, susah senang, sentiasa bersama :)

bukan senang nak jumpa orang mcm to, dia siap pinjamkan duit dia kat aku. but, aku tolak. kemudian, aku dan dia pergi pavilion. masuk je dalam pavilion, terus cari tempat duduk. walaupun aku dalam kesedihan, aku sentiasa tersenyum sebab benda ni boleh settle. tapi, problem dengan awek sendiri memang susah nak settlekan :)

sampai je tempat duduk, dia pegang tangan aku kuat kuat supaya aku tenang. time dia pegang tangan aku, aku rasa tenang je. serious. kemudian, hari pun nak malam. aku pun hantar dia kat stesen klcc. semua orang usha aku dengan dia. aku pun hairan, tapi aku buat bodoh je. sampai je stesen to, dia pun cium tgn aku and aku cium dahi dia :) tak lupa pula, dia pun bagi name tag dia kat aku. so, aku ada name tag and dia ada name tag aku.

sebelum aku tutup cerita, korang mesti tanya. mana picture aku time propose dia to ? ada je, tengok kat atas to. saya mahu cakap ni, dengar tau. Oh my angel, iloveyousomuch <3 mia kristy binti yasril

sampai sini je lah ceritanya, nanti kita sambung lagi. bye
                                                                                                                           
                                                                                                                                  Created by ,
                                                                                                                                     Hasif

Tuesday, June 12

15th Story

hello all, sunyi je kan blog aku ? aku dah lama tak update, and korang tengok relationship aku mesti macam tak serious je kan ? sebenarnya serious, just silent je. kita orang kalau ada problem, settlekan sendiri. no pertolongan daripada sesiapa. buat masa sekarang, no big problem dalam hubungan kita orang. aku hope berkekalan, kalau ada big problem takut tak boleh settlekan je. takut >_>

kita orang memang happy on the phone, kadang kadang text, kadang kadang call. tapi, lebihkan pada text sebab nak buat collection. sebelum ni, aku couple tak pernah rasa happy macam ni. ini baru 1st time aku rasa happy. ini baru namakan couple, no manja or kasih sayang bukan cinta namanya to. jealous to adat lah, tapi kita orang kurang sikit. saling memahami antara satu sama lain walaupun ada spoil di situ. yeah, di situ. kenapa ? tak faham ? buat buat faham sudah :D

walaupun rupa paras dia tak hot macam orang lain, bagi aku, rupa paras and hati dia dah perfect dimata aku. orang buta je tak nampak dia perfect. tak percaya ? tanya tuhan, setiap ihsan-Nya adalah sempurna. takde seorang ihsan pun yang tak sempurna melainkan diri sendiri yang mengubah rupa paras anggotanya.

benda paling menyedihkan buat si dia adalah pemergian aku ke batu pahat untuk menyambung pelajaran ke kolej poly tech mara dalam course graphic designer. dia takut aku diambil oleh orang lain daripada dia. lepas dia cakap macam to, aku mula berfikir setiap detik jarum jam bergerak. tapi, aku terpaksa pergi juga demi masa depan aku dan dia. aku buat macam to sebab aku mahu suatu hari nanti, aku nak bahagiakan dia dengan kejayaan aku sendiri.

korang mesti terfikir, mana picture baru aku ? ada je, tapi dalam hp. malas nak upload dalam fb. kita orang main sent picture to the phone je kalau ada picture baru. privacy is better than public. kalau story ni, boleh lah public. itu pun serba sedikit je :)

before aku gerak johor, aku perlu buat kenangan dengan si dia supaya dia tak kesunyian. kalau dia sunyi, siapa nak tanggung ? absolutely, i am. aku boyfriend dia. perit bersama, kesedihan bersama, kesunyian bersama, bergembira bersama. iloveyou mia kristi binti yasril <3

sampai sini je lah ceritanya, nanti kita sambung lagi. bye
                                                                                                                             
                                                                                                                                  Created by ,
                                                                                                                                     Hasif