Sunday, January 29

My 6th Story

hari ni, aku buat kerja gila. overnight kat cc, terbaik dari ladang punya. nasib baik, dengan member. dapat teman aku, kalau tak ? jangan harap aku nak overnight. pagi nanti, aku nak check out gaji jap. masyhuk masyhuk, haha. aku rasa nak keluarkan duit je sebab nak belikan untuk awek aku. awek aku nak sangat teddy bear, tapi aku je tak belikan lagi. takpelah, aku belikan untuk dia. kesian pula tengok dia, pasal motor to. aku ketepikan dulu, aku settlekan teddy bear and shopping barang branded. baru ada style, hehe :D

aduh, bosannya online lama lama. taktau nak buat apa ? dah lama 5 jam aku online, choyy ! masuk angin keluar asap je. hoho, perut lapar, nak makan pula. kedai tutup, apa lah nasib aku ini. hari selasa aku kerja balik, duduk depan counter lagi. perghh ! best ouh, rasa nak tidur je kat situ. hee, tapi sebelum aku beli barang branded and teddy bear. aku nak pergi survey motor yang aku nak beli sangat to, nak tanya harga. dah dapat tahu, okay. nanti aku pandai lah buat budget sendiri :)

kalau aku nak belikan awek aku barang branded untuk baju dan seluar, aku taktau size dia. takkan nak bawa dia pula, dia bukan suka keluar sangat. tapi, dia akan turun kl nanti sebab aku yang suruh. family dia pun kasi je, aku kan bakal menantu dia. cehh, haha. tapi, aku target hari sabtu sebab aku nak poyo poyo dengan budak hot. aku nak shopping time to juga, baru best. tercengang nanti dia orang tengok. hoho, biar padam muka sikit. tak sabarnya, weee. mesti semua orang pandang, terbaik :D

okay, habis je aku shopping to. aku nak bawa dia kat satu tempat ni. restaurant five stars punya, aku nak ber-romantic sikit. harga makanan to mahal or murah ? aku hentam je, janji good service. aku perlukan masa untuk bersama si dia yang aku sayang. hehe, then boleh main suap suap. nanti aku ambil picture eh time kita orang dating ? aku mesti boleh punya, aku nak benda ini jadi reality. amin :)

ini je lah ceritanya, nanti kita sambung lagi eh ? bye.

                                                                                                                                         Created by ,
                                                                                                                                             Hasif

Thursday, January 26

My 5th Story

pada hari rabu lepas, aku pergi ke rumah awek aku. aku sampai je sana, aku tengok satu family dia demam. lepas to, aku terus bagi dia orang  makan panadol. jadi doktor sebentar, haha. apa boleh buat ? dah tanggungjawab aku sebagai boyfriend shasha. then, aku terasa lapar pula. aku pun masak lah nasi goreng, jadi lah. aku masak lebih, takut dia orang nak makan. time je aku masak, bau planta naik pula sebab aku masak guna planta bukan minyak. tak minat. bau nasi goreng to pun wangi, rasa tak tahu lagi. lepas to, aku guna resepi rahsia aku. to pun aku beli kat kedai. aku tak nak sesiapa pun tahu tentang resepi rahsia aku. hehe :D

aku pun guna resepi rahsia aku, siap je nasi goreng to. aku hidangkan sebab aku nak makan, untuk dia orang pun ada sekali. time aku makan je, dia orang tanya. 'ada nasi goreng yang hasif masak tak ?' , tanya dia orang. aku pun balas, ' ada je ' . dia orang pergi lah rasa nasi goreng yang aku masak to, dia orang makan je. terus dia orang cakap, 'hasif, sedap lah nasi goreng ni. hasif guna apa ?' . 'ada lah, resepi rahsia' , balas aku. hehe, tengok tengok, dia orang tambah lagi nasi goreng. licin, pelik aku. haha

habis je makan, aku ajak awek aku lepak tempat biasa. sebab aku perlukan dia time to, shhh. haha, sampai je tempat to, aku rasa leher dia. panas betul, aku pun suruh dia letak kepala dia kat bahu aku. lepas to, aku pun cakap, ' kita kongsi penyakit, nak tak ? kita sakit sama sama, sihat sama sama '. ' jangan lah cakap macam to, sayang ni kan ' , balas dia. lepas to, aku pegang tangan dia untuk panaskan tangan dia sebab tangan dia sejuk. then, dia cakap dia dah lega sikit. aku bangun je dari tempat duduk, dia cakap nak peluk aku. aku pun peluk lah dia, dia nampak begitu manja sangat macam tak nak lepaskan aku je. sebab to aku kasi dia gelaran manja. haha.

aku pun pulang lah ke rumah, aku sampai je rumah. mama aku suruh aku belikan kentang putar kat KFC sebab mama aku nak sangat makan. aku upun pergi beli walaupun hari nak hujan. sampai sana, terus hujan. aku pun beli sesuatu sementara tunggu hujan berhenti. time je hujan renyai, aku terus gerak sebab dah nak malam. balik balik je rumah, aku terus pening kepala dan demam. aku mula terfikir, ini mungkin sebab kata kata aku kat awek aku to. ' sakit sama sama, sihat sama sama ' . aku pun terus ambil panadol dan baring kejap. penyakit to still ada sampai keesokan hari untuk aku pergi kerja.

itu je lah ceritanya, nanti kita sambung lagi eh ? bye

                                                                                                                                        Created by ,
                                                                                                                                             Hasif

Tuesday, January 24

My 4th Story

okay, hari ini aku cuti sebab puublic holiday and esok juga. hari ini ialah hari yang paling bahagia dalam hidup aku. nak tahu kenapa ? family awek aku ajak datang rumah sebab rindu akan kehadiran aku. aku pun datang lah ke sana, sampai je sana. family dia ajak makan dan minum, dan aku bertanyakan soalan kepada mama si dia. ' Mak Cik, ini siapa yang masak ? ' . ' ini shasha yang masak, ini khas untuk kamu hasif ' , balas mama dia.

aku rasa happy sangat sebab dia yang masak semuanya, sedap je time aku rasa masakkan dia. seriously, lepas to dia selalu tanya aku lapar or haus ke tak ? aku rasa bahagia kerana dia begitu mengambil berat tentang aku. then, dia ajak aku duduk luar sebab nak dating. lepas to, aku duduk dekat tangga dengan dia sambil melihat sepasang burung pada dahan pokok dan aku berkata , ' manja, kalau sayang sakit. datang lah melawat sayang, sebab penawar manja sahaja yang dapat menyembuh segala penyakit sayang ' :)

kemudian, dia terus menitiskan air matanya pada muka. lalu aku lap air mata dia dengan jari aku sendiri. aku berkata lagi pada dia ' manja, manja jangan risau tau. segala kita bersama, kita akan sentiasa kekal sampai bila bila kecuali takdir yang memisahkan kita berdua ' :) dan aku cium dahi dia.

pada waktu itu, masa untuk aku pulang pun sudah tiba. aku dan dia pulang ke rumah dia untuk aku bersalam - salaman dengan ibu bapanya. aku berjanji pada hati dan diri aku bahawa aku akan tunaikan janji awek aku yang dia selalu dia beritahu pada aku. aku akan berkorban demi kebahagian si dia dan aku akan berjanji juga akan kekal dia sehingga nafas terakhir aku. iloveyousomuch shahirah natasha binti asri <3


                                                                                                                                                Created by,
                                                                                                                                                    Hasif

Wednesday, January 11

MY 3RD STORY

Hari ini aku tak pergi disebabkan kaki aku yang sakit ini . Aku berharap pada hari ini aku dapat pergi kerja . Tapi , kesakitan aku ini tidak mengizinkan aku . Hari ini , aku berasa kesunyian sebab tiada orang yang aku sayang mesej aku . Sebelum to , aku mahu berterima kasih kepada Aleeya Chuckies sebab temankan aku semalam . 

Aku sayang kau dan aku akan sentiasa kenang jasa kau . Kau sanggup temankan aku walaupun kau dalam kesusahan . Aku takkan lupakan kau . Aku berjanji pada diri aku , aku akan pergi bekerja pada esok hari . Aku ingin tunaikan janji keluarga aku , kekasih aku , kawan kawan aku dan impian aku . Aku mahukan semuanya menjadi kenyataan .

Kepada rakan sekerja yang telah menggantikan tempat aku , aku ingin ucapkan terima kasih . Kalau gaji aku sudah sampai , aku belanja makan dan minum sebagai tanda terima kasih . Itu sahaja yang dapat aku balas . 

Itu je lah ceritanya . Nanti kita sambung lagi eh ? Bye !

                                                                                                                                          Created by ,
                                                                                                                                              Hasif

MY 2ND STORY

Pada masa yang sama , aku pon pergi lah ke tandas . Buat apa ? Itu pon nak cerita ke ? Haha . Lepas to , aku patah balik ke bilik . Aku check balik handphone aku , nak tengok ada mesej yang masuk ke tak ? Ada juga mesej yang masuk kat dalam handphone .

Nak tahu siapa ? Siapa lagi kalau bukan awek aku . Haha , aku pon open lah mesej to . Dia cakap macam ini , " Sayang , sorry phone dah jahanam T.T alahai , semua ini pasal button tak boleh tekan lah tadi . Sampai off tak boleh hidup tak hidup hidup dah ini , nampaknya tak boleh contact lah jawabnya :-( nak kena ayat ayah dalam dua hari ini untuk beli phone baru , alahai SERABUT GILA ! arhh , hah ? Sayang pergi tidur lah dulu , nanti manja tidur kat sebelah sayang kay . Okay goodnight , sweetdream , loveyouhasif :*
To lah , sayang dah cakap jangan main button handphone to . Kalau rosak , nanti diri sendiri yang susah . Now , dah rosak . Nasi sudah menjadi bubur .

Itu je lah ceritanya . Nanti kita sambung lagi eh ? Bye !

                                                                                                                                               Created by ,
                                                                                                                                                   Hasif

MY 1ST STORY

Hari ini 10.01.2012 , aku tunggu awek aku call . Lambat gila ouh . Aku call dia , dia tak angkat pon sebab dia off handphone. Banyak kali aku call , tapi tak angkat juga . Still off handphone , aku pon kacau nombor yang ada kat dalam handphone aku . Terbaik ! Haha ...

Pada pukul 10.35 malam , dia call aku juga . Aku pon angkat handphone . Dengar je suara dia , aku dah tahu . Mesti ada masalah . Aku pon tanya , " Manja ada masalah ke ? " . " Ya lah sayang . Macam macam masalah " , kata dia . Bila aku tanya , dia tak nak cakap . Bila aku tanya sekali lagi , dia terus tukar topik . Ada ada je dia to . Lepas to , main button . Alahai , budak ini .

Lepas to , aku ajaklah main teka - teki untuk dia lepaskan tension to . Itu kan tanggungjawab boyfriend , betol tak ? Haha . Aku pon bagi lah teka - teki yang senang gila , tapi dia tak dapat jawab juga . Sedih betul aku rasa , then handphone dia terpadam .

Itu je lah ceritanya . Nanti kita sambung lagi eh ? Bye !

                                                                                                                                              Created by ,
                                                                                                                                                  Hasif