Tuesday, May 8

14th Story

1 may 2012

adalah hari bertuah bagi aku sebab aku menemui seseorang yang aku sayang. kita orang kenal tak lama pun, tapi kata hati dia adalah orang yang tetap. aku harap ia akan menjadi benar. kami mempunyai persamaan dari segi perangai. buat masa kini, kita orang tiada sebarang salah faham antara satu sama lain.

pada peretengahan bulan ini, aku bercadang ingin membawa dia meneroka pantai. aku dan dia sahaja, tiada orang lain. kita orang perlu selami antara satu sama lain tanpa gangguan. aku akan jaga dia semasa berjauhan dengan family dia.

awak, ini janji saya bukan janji manis semata matanya. saya akan jaga awak dan takkan buat awak menangis sebab awak sedang menghadapi cabaran hidup iaitu mengharungi Sijil Pelajaran Malaysia. kalau ada yang tidak tahu, bagitahu lah saya. saya akan berikan tunjuk ajar walaupun tak semuanya.

sejak awak muncul, hidup saya gembira semula disebabkan periang awak. awak pandai cari jalan penyelesaian. sebelum kita couple, saya simpan perasaan rasa sayang dan ingin muncul dalam hidup awak tapi awak menjadi kepunyaan kepada seseorang dan saya pun ada begitu. tapi, secara tidak langsung akhirnya kita bersama.

ingat tak ? mula mula kita berkenalan, awak garang sangat dengan saya. tapi, saya tahu awak seorang yang manja. pada saat itu, tiba tiba awak jadi seorang yang lembut hati dengan saya dan hati saya terbuka untuk awak selami apa yang saya rasakan.

hasif bin zakaria sayang mia kristi binti yasril <3

sampai sini je lah ceritanya, nanti kita sambung lagi. bye
                                                                                                                              
                                                                                                                                   Created by ,
                                                                                                                                      Hasif